KUALA LUMPUR: Keberkesanan penempatan bekas anggota polis dan tentera sebagai warden sepenuh masa di Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) bagi menangani isu buli melalui projek rintis akan diketahui selepas tempoh enam bulan pelaksanaannya. Pengerusi Majlis Amanah Rakyat (MARA), Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki berkata, kajian menyeluruh sedang dijalankan oleh penyelidik Universiti Putra Malaysia (UPM) untuk menilai impak pendekatan itu terhadap pelajar secara keseluruhan. “Buat masa sekarang, progresnya positif namun masih…