BUTTERWORTH : Kementerian Pengangkutan (MOT) memperuntukkan RM3.5 juta untuk Skim Keselamatan Sosial Pekerjaan Sendiri (Lindung Kendiri) tahun ini dengan menggunakan hasil bidaan daripada Nombor Pendaftaran Istimewa (NPI). Menterinya, Anthony Loke berkata, inisiatif berkenaan memanfaatkan 35,000 pemandu teksi dan pemandu kereta sewa selain 15,000 pemandu bas seluruh negara termasuk Sabah dan Sarawak. Katanya, ketika ini, kerajaan membiayai kira-kira 70 peratus caruman tersebut manakala selebihnya ditanggung sendiri oleh pencarum. “Peruntukan RM3.5 juta…