MELAKA: Kerajaan negeri komited mengukuhkan syiar Islam dengan penganjuran pelbagai program keagamaan sebagai agenda utama. Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Pengajian Tinggi dan Hal Ehwal Agama negeri, Datuk Rahmad Mariman berkata, hasrat itu seiring aspirasi untuk membangunkan Ummah Madani. Beliau berkata, pelbagai inisiatif telah dan sedang dilaksanakan termasuk pengukuhan pendidikan Islam di sekolah. “Inisiatif ini turut melibatkan pembangunan institusi masjid dan surau, penganjuran majlis ilmu serta forum dan diskusi keagamaan yang bermanfaat…