MELAKA: Polis berjaya menumpaskan dua sindiket penipuan dalam talian yang menjadikan negeri ini sebagai pusat operasi selepas menahan 19 individu menerusi Op Merpati, minggu lalu. Ketua Polis Melaka, Datuk Dzulkhairi Mukhtar berkata, serbuan dijalankan Jabatan Siasatan Jenayah Komersil (JSJK) Melaka di tiga buah kediaman selepas risikan dan maklumat awam diperoleh. Katanya, dalam tangkapan pertama pada 2 September lalu di sebuah apartmen di Jalan Tun Perak, polis menahan tujuh lelaki warga…