KUALA LUMPUR: Anak pelakon, Abby Abadi dan Norman Hakim, Marissa Dania Hakim dipercayai telah mengambil tindakan undang-undang terhadap seorang netizen yang menyebarkan kebencian terhadapnya di media sosial.
Bayangan itu diberikan Marissa, 20, menerusi surat saman dan tangkap layar pengikut tiktoknya yang dikongsikan di Instastorynya.
“Bila sudah sampai masa, tiada siapa yang akan dapat bantu awak, tidak seorang pun,” tulis Marissa.
Pelaku dalam perkongsiannya di TikTok antara lain membuat tuduhan tidak berasas kononnya Marissa melakukan penipuan mengenai kehamilannya.
“Begitu sahaja peminat dia diperdaya. Idola kau suka duduk senget,” tulisnya
Perkongsian individu terbabit telah menimbulkan syak wasangka dalam kalangan pengguna TikTok mengenai Marissa. – UTUSAN










