PETALING JAYA: Malaysia menjadi sebahagian daripada 142 anggota Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) yang menyokong Deklarasi New York bagi merealisasikan penyelesaian dua negara dan mengiktiraf Palestin sebagai negara berdaulat. Kementerian Luar dalam satu kenyataan berkata, sokongan Malaysia tak berbelah bahagi terhadap Palestin adalah tanda solidariti dan sokongan masyarakat antarabangsa pada Perhimpunan Agung PBB yang berlangsung semalam. Katanya, resolusi itu telah diterima pakai dengan sokongan majoriti besar negara anggota PBB. “Komitmen kolektif…