PETALING JAYA: Malaysia dijangka berdepan fenomena La Nina singkat pada awal musim sejuk 2025/2026 yang berpotensi menjejaskan corak hujan, namun keadaan dijangka kembali stabil ke paras neutral tidak lama selepas itu. Pusat Iklim Nasional, Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) berkata, tinjauan cuaca jangka panjang bagi September 2025 hingga Februari 2026 menunjukkan majoriti model iklim antarabangsa meramalkan keadaan El-Nino Southern Oscillation (ENSO) kekal neutral dengan kebarangkalian 56 peratus sehingga Oktober ini. “Berdasarkan…










