PETALING JAYA: Malaysia akan memastikan kemasukan Timor-Leste ke dalam keanggotaan ASEAN berjalan lancar. Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, Malaysia sejak awal konsisten dengan pendirian perjuangan Timor-Leste untuk menuntut kemerdekaan. Katanya, perjalanan demokrasi Timor-Leste telah menjadi inspirasi kepada rantau ini khususnya mengenai ketabahan negara itu mengharungi kesusahan dan diskriminasi sehingga menjadi negara yang merdeka. Beliau dalam pada masa menghargai peranan bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad atas sokongan…