SEREMBAN: Lima rakan sekerja didakwa di Mahkamah Sesyen Seremban hari ini atas pertuduhan memiliki barangan kawalan berjadual iaitu 20,250 liter minyak diesel secara runcit tanpa lesen sah, tahun lalu. Kelima-lima Orang Kena Saman (OKS), S. Rajakumar, 35; V. Maran, 23; E. Kunaal, 23; R. Poobalan, 44 dan S .Kalitha, 31, bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim, Mohamad Kamil Nizam. Dalam prosiding kes, Rajakumar berdepan dua pertuduhan…