TUARAN: Lima lelaki maut selepas kenderaan pelbagai guna jenis Toyota Wish yang dinaiki bertembung dengan sebuah lori treler di Jalan Sulaman Gayang, di sini, hari ini. Dalam kejadian kira-kira pukul 2 petang itu, empat mangsa masing-masing berusia 20 tahun dan seorang lelaki masih dalam proses pengesahan cedera parah dan disahkan meninggal di lokasi kejadian. Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kota Kinabalu, Ordine Gilu berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan melalui…