Lebih 250 Rakyat Sarawak Ziarah Kubur Zara Qairina

Lebih 250 rakyat sarawak ziarah klubur Zara Qairina

LEBIH 250 rakyat Sarawak menziarahi kubur Zara Qairina. - IHSAN MOHD SYAHIDUL SYAHIN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA KINABALU: Kisah tragis Zara Qairina turut menyentuh hati masyarakat rentas sempadan apabila lebih 250 rakyat Sarawak hadir menziarahi kuburnya, di sini, pada Ahad.

Perjalanan mereka dari Lawas sejauh 63 kilometer menaiki 50 kereta dan 45 motosikal itu membuktikan solidariti dalam menuntut keadilan dan simpati terhadap insiden yang menimpa mangsa.

Ketua penganjur, Mohd Syahidul Syahin Abdul Rajak berkata, kehadiran mereka itu menunjukkan masyarakat masih ada rasa kemanusiaan dan prihatin yang tinggi.

“Pertama sekali, saya ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada seluruh rakyat Lawas yang hadir serta turut serta dalam konvoi menziarahi pusara arwah Zara Qairina.

“Kehadiran dan sokongan mereka adalah bukti kukuh bahawa semangat kebersamaan serta nilai kemanusiaan masih subur dalam masyarakat kita,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

Mohd Syahidul berkata, kehadiran dan sokongan rakyat Sarawak kemudian diteruskan dengan Perhimpunan Aman Justice For Zara 2.0, di Sipitang.

“Saya ingin menzahirkan ucapan terima kasih khusus kepada tiga Badan Bukan Kerajaan (NGO) yang menjadi peneraju utama dalam menjayakan konvoi ini.

“Tanpa komitmen, kerjasama dan pengorbanan mereka, usaha murni ini tidak mungkin terlaksana dengan begitu lancar dan penuh bermakna,” katanya.

Terdahulu, remaja berusia 13 tahun itu ditemui tidak sedarkan diri pada 16 Julai lalu dipercayai terjatuh dari tingkat tiga bangunan asrama dan disahkan meninggal dunia keesokan harinya di Hospital Queen Elizabeth I (HQE).

Mahkamah Koroner kemudian menetapkan 19 hari untuk prosiding inkues bermula semalam. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN