SONGKHLA: Pasukan keselamatan Thailand memperketat kawalan kawasan hutan berhampiran sempadan Malaysia di Padang Sanai, Kedah selepas sekumpulan lelaki bersenjata melepaskan diri daripada kepungan di Mukim Khuha, Daerah Saba Yoi, semalam. Kejadian pukul 5.30 pagi itu berlaku semasa Pasukan Operasi Strategik Gororman Wilayah 40 melakukan rondaan di kebun getah di Kampung Huae Tao, sebelum mengesan tempat persembunyian kumpulan bersenjata. Jurucakap berkata, semasa pemeriksaan dijalankan, kumpulan terdiri lima anggota melepaskan tembakan ke…










