NIBONG TEBAL : Kementerian Pendidikan (KPM) tidak mempunyai sebarang masalah untuk membenarkan pelajar sekolah terlibat dengan sesi ‘townhall’ bagi mendengar sendiri pandangan mereka berhubung penggubalan Rang Undang-Undang (RUU) Tribunal Anti-Buli. Menterinya, Fadhlina Sidek berkata, dalam hal ini, pihaknya sedia bekerjasama dengan semua pihak yang berkenaan andai diperlukan. “Kita tak ada masalah dengan pandangan dan cadangan itu. Saya ingat, ia proses yang biasa juga kita buat di peringkat KPM sendiri iaitu…