JOHOR BAHRU: Pemantauan terhadap stesen-stesen minyak berhampiran sempadan antara Malaysia dan Singapura di bandar raya ini akan ditingkatkan bagi memastikan larangan pengisian petrol bersubsidi RON95 oleh kenderaan asing dipatuhi. Pengarah Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Johor, Lilis Saslinda Pornomo berkata, langkah itu dibuat susulan pelaksanaan program subsidi bersasar BUDIi95 yang bermula hari ini. Katanya, KPDN Johor komited mengelakkan sebarang bentuk manipulasi atau penyelewengan subsidi petrol itu…