MELAKA: Kompleks Jawatankuasa Pembangunan dan Penyelarasan Dewan Undangan Negeri (Japerun) Duyong kini menjadi tempat lepak atau lokasi riadah warga emas dari sekitar Bandaraya Melaka bagi memanfaatkan kemudahan sukan disediakan di situ. Tinjauan Utusan Malaysia mendapati, kira-kira 20 warga emas berusia antara 60 hingga 80 tahun terdiri daripada lelaki dan wanita hadir ke dewan kompleks berkenaan bagi menjalankan aktiviti riadah dengan bermain ping pong. Kemudahan itu disediakan oleh Japerun Duyong yang…