Kes Zara: Tindakan undang-undang pihak fitnah saya - Fadhlina

Kes Zara: Tindakan undang-undang pihak fitnah saya – Fadhlina

FADHLINA Sidek pada sidang akhbar selepas Sesi Townhall Anti Buli di Putrajaya. - UTUSAN/ FAISOL MUSTAFA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek memaklumkan, beliau telah berbincang dengan peguamnya susulan isu fitnah mengaitkan dirinya ada hubungan saudara dengan Pengetua Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) Tun Datu Mustapha.

Katanya, fitnah seperti itu tidak sepatutnya disebarkan kepada masyarakat terutama di media sosial.

“Jadi, perancangan seterusnya itu akan saya maklumkan dari semasa ke semasa. Saya ingin nasihatkan pihak-pihak berkenaan supaya berhati-hati dalam menyampaikan sesuatu,” katanya dalam sidang akhbar selepas Sesi Townhall Antibuli di sini, hari ini.

Sebelum ini, Fadhlina membuat laporan kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) berikutan fitnah mengaitkan dirinya dengan kes arwah Zara Qairina Mahathir.

Fadhlina menjelaskan, tindakan undang-undang akan diambil dan berharap perkara itu menjadi pengajaran agar orang ramai tidak membuat spekulasi.

“Hormati keluarga Allahyarham Zara Qairina dan beri ruang kepada proses undang-undang yang sedang berjalan.

“Jika keadilan itu yang kita cari, maka ia harus ditegakkan dengan paksi kebenaran. Sesungguhnya keadilan itu sangat dekat dengan takwa,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN