Kerja pembaikan lubang benam siap awal berbanding jangkaan

Kerja pembaikan lubang benam siap awal berbanding jangkaan

GAMBAR atas: Insiden lubang benam yang berlaku di Jalan Burma, George Town, Pulau Pinang Ahad lalu. GAMBAR bawah: Keadaan terkini di Jalan Burma, George Town, Pulau Pinang selepas kerja-kerja pembaikan siap hari ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GEORGE TOWN : Jalan Burma yang sebelum ini ditutup susulan kejadian lubang benam akibat kebocoran paip pembetungan Ahad lalu, kini telah dibuka sepenuhnya kepada orang awam bermula pagi ini.

Datuk Bandar Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP), Datuk A. Rajendran berkata, kerja-kerja pembaikan yang dijalankan Indah Water Konsortium (IWK) itu siap sepenuhnya sekitar pukul 4 pagi, sekali gus membolehkan laluan utama itu kembali digunakan dengan selamat.

“Kami amat menghargai usaha IWK yang berjaya menyiapkan kerja-kerja pembaikan sehari lebih awal daripada jangkaan asal.

“Pembukaan semula Jalan Burma ini sangat penting kerana ia merupakan antara laluan utama di George Town ketika ini,” katanya di sini, hari ini.

Dalam kejadian Ahad lalu, satu mendapan telah berlaku di kawasan tersebut sehingga menyebabkan terhasilnya lubang benam yang agak besar dan berbahaya kepada para pengguna yang melalui jalan berkenaan.

Susulan insiden tersebut, kedua-dua arah laluan dari Jalan Penang iaitu dari arah Komtar dan Ibu Pejabat Polis Kontinjen IPK) Polis Pulau Pinang menuju ke Jalan Burma terpaksa ditutup sepenuhnya bagi kerja-kerja pembaikan segera.

Rajendran dalam kenyataan awalnya sebelum ini turut memaklumkan bahawa kerja-kerja pembaikan itu dijangka mengambil masa sehingga lima hari untuk disiapkan.

Bagaimanapun, kerja-kerja tersebut berjaya disiapkan lebih awal berbanding jangkaan tanpa melibatkan sebarang kemalangan atau kecederaan-UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN