KUCHING: Kerajaan Persekutuan bersetuju mempertimbangkan supaya bilangan kerusi Dewan Rakyat bagi Sarawak dan Sabah ditambah. Timbalan Perdana Menteri, Dato Sri Fadillah Yusof berkata, perkara itu adalah antara beberapa tuntutan yang dibincangkan dan dipersetujui dalam mesyuarat Majlis Tindakan Pelaksanaan Perjanjian Malaysia 1963 (MTPMA63) di Kompleks Satria Pertiwi, Petra Jaya hari ini. “Walau bagaimanapun, Ia memerlukan perincian dan perbincangan lanjut dari segi perundangan,” katanya dalam sidang media selepas mesyuarat tersebut yang dipengerusikan…