SEREMBAN: Isu pembatalan ceramah pendakwah terkenal, Ustaz Wadi Annuar di Masjid Sri Sendayan pada Sabtu ini tidak ada kaitan dengan kerajaan negeri, sebaliknya merupakan urusan pihak masjid dan konsultan. Menteri Besar Datuk Seri Aminuddin Harun berkata, kerajaan negeri langsung tidak tahu menahu mengenai program itu dan terkejut apabila timbul dakwaan kononnya beliau sendiri tidak membenarkan ceramah berkenaan. “Itu urusan pihak masjid dan konsultan, bukan kerajaan negeri. Saya tidak pernah diberitahu…