KAJANG: Mahkamah Tinggi Shah Alam hari ini menetapkan 30 Oktober sebagai tarikh keputusan berhubung representasi Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) GISB Holdings Sdn. Bhd. (GISBH), Datuk Nasiruddin Mohd. Ali dan 21 individu lain yang didakwa menjadi ahli kumpulan jenayah terancang. Hakim Datuk Seri Latifah Mohd. Tahar membuat ketetapan tersebut ketika prosiding di Kompleks Penjara Kajang selepas Timbalan Pendakwa Raya Norinna Bahadun memaklumkan Jabatan Peguam Negara (AGC) memerlukan masa untuk meneliti representasi…