PETALING JAYA: Kenyataan Ketua Penerangan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Datuk Tun Faisal Ismail Aziz yang seolah-olah menggambarkan Bersatu mahu menjadi ‘abang besar’ dalam Perikatan Nasional (PN) boleh menjejaskan hubungan baik antara parti komponen. Ketua Bahagian Bersatu Pendang, Abdul Razak Khamis berkata, beliau bimbang kenyataan berkenaan melukakan hati rakan komponen khususnya Pas yang selama ini menjadi parti paling rapat Bersatu dalam PN. “Saya bergelumang dengan rakan-rakan komponen setiap hari terutama…