KOTA BHARU: Kementerian Kesihatan (KKM) berharap Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dapat mengumumkan khabar gembira buat mereka semasa pembentangan Belanjawan 2026 di Parlimen, pada 10 Oktober ini. Timbalan Ketua Setiausaha (Kewangan) KKM, Datuk Seri Zahrul Hakim Abdullah berkata, sebagai langkah awal pihaknya sudah mengemukakan lebih enam inisiatif berimpak tinggi kepada Kementerian Kewangan (MOF) hasil sesi libat urus dengan pemegang-pemegang taruh. Katanya, antara inisiatif yang perlu diberikan keutamaan adalah cadangan…










