PUTRAJAYA: Kelancaran pelaksanaan subsidi petrol RON95 di bawah inisiatif Budi Madani RON95 (BUDI95) bermula hari ini disifatkan kerana perancangan rapi kerajaan. Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, berdasarkan pemantauan serta laporan yang diterima, keadaan di stesen-stesen minyak terutamanya pada waktu puncak awal pagi tadi didapati terkawal. Katanya, kejayaan terbesar BUDI95 adalah menerusi pembelian petrol dengan pengesahan kad pengenalan yang dapat dibuat di pam stesen minyak. “Kejayaan terbesar…










