GOMBAK: Enam unit rumah Flat Pinggiran di Taman Pinggiran, Batu Caves di sini musnah dalam kebakaran yang berlaku pagi tadi. Komander Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Selayang, Pegawai Bomba Kanan II (KUP) Izani Mohd. Zin berkata, pihaknya menerima panggilan mengenai kejadian kira-kira pukul 11.39 pagi. “Kebakaran melibatkan enam unit rumah di tingkat lima. Tiga unit terbakar sepenuhnya manakala selebihnya mengalami kemusnahan antara 40, 60 dan 80 peratus,” katanya…