ALOR SETAR: Mahkamah Sesyen di sini, hari ini mengarahkan Darulaman Football Club Sdn. Bhd. membayar RM353,426.50 kepada bekas pemain import pasukan bola sepak Kedah Darul Aman (KDA) FC, Sony Norde susulan tunggakan gaji yang tidak dijelaskan kepadanya. Hakim Allan Suman Pillai turut memutuskan bayaran tersebut perlu dijelaskan oleh defendan, Darulaman Football Club dalam tempoh 14 hari dari tarikh penghakiman. Bayaran tersebut merangkumi tunggakan gaji selama tujuh bulan yang tidak diterima…










