PETALING JAYA: Jawatankuasa Hak Penduduk Kampung Sungai Baru mempersoal tindakan Perbadanan Pembangunan Kampong Bharu (PKB) yang cuba masuk campuri dalam isu penempatan Kampung Sungai Baru. Pengerusinya, Zainab Alias bersama penasihat, Muzaffar Razman menuntut Setiausaha PKB, Shamsuri Suradi meletakkan jawatan dalam perbadanan itu susulan rasa tidak puas hati terhadap perkembangan isu tersebut. Malah, menurut Muzaffar, PKB tidak seharusnya mengeluarkan kenyataan berhubung Kampung Sungai Baru kerana agensi itu hanya bertanggungjawab terhadap pembangunan…