KOTA BHARU: Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Kelantan mendedahkan sindiket penyeludupan kenderaan mewah dari Singapura menawarkan harga jualan kereta jenis Porsche dan Jaguar lebih rendah berbanding harga pasaran dengan potongan antara 30 hingga 40 peratus. Pengarahnya Wan Jamal Abdul Salam Wan Long berkata, kereta mewah lain dijual RM25,000 sehingga RM800,000 mengikut model tertentu seperti BMW 325, Audi A5, Mercedes Benz dan Suzuki Swift. Menurutnya, taktik itu digunakan bagi mengaburi pembeli…