BUKIT MERTAJAM : Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti (JPPKK) sentiasa menyemak semula program yang ditawarkan terutamanya dalam bidang industri baharu seperti tenaga serta elektrikal dan elektronik. Timbalan Ketua Pengarah (Perancangan) Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti, Dr. Shamsuri Abdullah berkata, usaha itu sejajar dengan arahan Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT). Katanya, dua politeknik di wilayah utara iaitu Politeknik Balik Pulau di Pulau Pinang dan Politeknik Tuanku Sultanah Bahiyah (PTSB) di…









