Johari ketuai pasukan khas UMNO teliti RUU PSB 

Johari ketuai pasukan khas UMNO teliti RUU PSB 

ASYRAF WAJDI DUSUKI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: UMNO mengumumkan pelantikan Naib Presidennya, Datuk Seri Johari Abdul Ghani bagi mengetuai Pasukan Khas UMNO untuk penambahbaikan Rang Undang-Undang (RUU) Pembaharuan Semula Bandar (PSB). 

Setiausaha Agung UMNO, Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki berkata, pasukan khas itu bertanggungjawab meneliti dan memperhalusi setiap aspek RUU PSB secara terperinci sebelum dibentangkan dalam Konvensyen Melayu Bandar.

“Konvensyen Melayu Bandar itu bakal melibatkan kepemimpinan tertinggi UMNO daripada negeri-negeri dan bahagian-bahagian seluruh negara, parti-parti politik Melayu, pertubuhan-pertubuhan bukan kerajaan, ahli-ahli akademik dan masyarakat sivil yang akan diadakan pada penghujung bulan ini.

“Resolusi Konvensyen Melayu Bandar kelak akan diserahkan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini. 

Pada 28 Ogos lalu, sesi perbahasan dan pengundian RUU yang menjadi kontroversi ditunda ke sesi sidang Dewan Rakyat akan datang.

RUU PSB yang dibawa oleh Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Nga Kor Ming dibantah ramai Ahli Parlimen termasuk kem pembangkang.

Timbalan Pengerusi Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan juga memaklumkan bahawa RUU PSB perlu ditangguhkan kerana ia mendapat banyak pandangan dan menimbulkan kebimbangan pelbagai pihak. – UTUSAN 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN