ALOR SETAR: Jentera pilihan raya Pas perlu mengelak daripada bertindak mengikut emosi kerana ia boleh membawa kepada perpecahan atau tindakan semberono yang mencalarkan imej. Perwakilan Dewan As-Sabiqun PAS PusaT, Mohamad Noor Mohamad, untuk itu disiplin dalam kalangan jentera parti merupakan prasyarat penting bagi memastikan kemenangan parti dalam pilihan raya umum akan datang. Katanya, tanpa disiplin, jentera parti akan longgar, hilang fokus serta berisiko menimbulkan konflik dalaman yang boleh melemahkan perjuangan.…










