PORT DICKSON: Jenazah dua beradik yang meninggal dunia akibat lemas dalam kejadian kereta menggelongsor ke dalam sungai di Tanjung Agas, Linggi selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Maqbarah Salimah, Taman Intan Perdana di sini, sebentar tadi. Bapa kanak-kanak itu yang kini direman turut dibawa ke tanah perkuburan oleh polis, namun kemudian dibawa pergi sebelum jenazah kedua-duanya dikebumikan. Difahamkan lelaki berusia 46 tahun itu turut dibawa ke hospital sebelum itu bagi…