JELEBU: Lebih 5,000 pengunjung dijangka hadir membanjiri Kuala Klawang sempena Jelebu 2 Wheels Festival 2025 yang berlangsung pada 11 hingga 12 Oktober ini, sekali gus menjadikannya acara terbesar daerah pada tahun ini.
Festival berkenaan dianjurkan Majlis Daerah Jelebu (MDJ) dengan kerjasama Pejabat Belia dan Sukan Daerah Jelebu, serta sokongan padu Pejabat Daerah dan Tanah Jelebu.
Yang

, berkata festival itu menghimpunkan peminat motosikal dari seluruh negara selain menampilkan aksi cilik mengendalikan sukan mini bike, di samping menggalakkan gaya hidup sihat serta mengeratkan silaturahim melalui aktiviti komuniti.
Menurut beliau, acara ini memberi impak besar kepada masyarakat kerana bukan sahaja menjadi platform untuk peminat sukan permotoran, malah mampu menyemarakkan semangat kesukanan, memperkukuh perpaduan serta merancakkan sektor pelancongan dan ekonomi setempat.
“Malah, penganjuran ini turut menjadi persediaan awal sempena Tahun Melawat Negeri Sembilan 2026,” katanya dalam kenyataan, di sini.
Antara pengisian utama yang menanti pengunjung ialah konvoi motosikal berkuasa tinggi, pertandingan Battle of Sound & Speed, pameran produk serta makanan tempatan, aktiviti komuniti, persembahan mini bike oleh kanak-kanak serta pelbagai acara sukan sempena Hari Sukan Negara.
Selain itu, pentas hiburan turut dimeriahkan dengan persembahan artis dan acara kebudayaan rakyat yang dijangka menarik minat pelbagai lapisan masyarakat termasuk keluarga.
Program kemuncak pada malam 11 Oktober akan menampilkan persembahan istimewa oleh Nizam Laksamana bersempena Pertandingan Akhir Battle of Sound & Speed, manakala pada 12 Oktober pukul 2 petang, majlis penutup akan disempurnakan oleh Exco Kanan Kerajaan Negeri Sembilan, Datuk Seri Jalaluddin Alias.
Festival itu turut mendapat dokongan pelbagai agensi kerajaan, pertubuhan bukan kerajaan (NGO), kelab permotoran, kelab mini bike serta komuniti setempat yang sama-sama menjayakan penganjuran.
Abdul Rahim menegaskan, MDJ bersama Pejabat Daerah dan Tanah Jelebu komited menjadikan Jelebu 2 Wheels Festival sebagai acara ikonik tahunan yang mampu mengangkat nama Jelebu ke peringkat nasional, selain memberi peluang masyarakat menikmati aktiviti sihat dan menyeronokkan bersama keluarga. – UTUSAN