DUNGUN : Jabatan Kerja Raya (JKR) Terengganu menerima perolehan sebuah jambatan bailey jenis Acrow 700XS yang bernilai RM4.5 juta sebagai persediaan untuk menghadapi Monsun Timur Laut (MTL) di negeri ini. Pengerusi Jawatankuasa Infrastruktur, Utiliti dan Pembangunan Luar Bandar negeri, Datuk Hanafiah Mat berkata, jambatan sepanjang 42.67 meter dengan 4.2 meter lebar itu menjadi aset penting sebagai keperluan dalam menghadapi bencana alam seperti banjir besar dan tanah runtuh. “Dengan adanya jambatan…