Jakim sedia bantu keluarga sukarelawan Sumud Flotilla

Jakim sedia bantu keluarga sukarelawan Sumud Flotilla

MOHD. Na'im Mokhtar ketika sidang akhbar di Pusat Operasi Sumud Nusantara di Sepang, Selangor. - UTUSAN/NURIN NABILAH
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEPANG: Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) bersedia menyalurkan sebarang bentuk bantuan yang diperlukan oleh keluarga sukarelawan Misi Kemanusiaan Global Sumud Flotilla 2025.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr. Mohd Na’im Mokhtar berkata, pihaknya menghargai pengorbanan keluarga yang memberi keizinan kepada insan tersayang menyertai misi berisiko tinggi demi solidariti terhadap rakyat Palestin.

Katanya, pihaknya mempunyai pakar kaunseling bagi keluarga yang berada dalam tekanan kerana merisaukan para sukarelawan yang berada di laut.

“Walaupun komunikasi berjalan dengan baik, ahli keluarga boleh mengalami tekanan emosi kerana risaukan keselamatan orang tersayang (sukarelawan) yang sedang berada di lautan,” katanya dalam sidang akhbar di sini Pusat Operasi Sumud Nusantara Mapim, di sini hari ini.

Katanya lagi, bantuan berkenaan lebih menekankan aspek sokongan moral dan kerohanian dan kewangan jika perlu.

“Dalam konteks bukan tangible (tidak ketara), kita boleh membantu. Jika ada keperluan berbentuk kewangan, perkara itu juga akan diteliti,” katanya.

Tambahnya, beliau memahami sokongan dari pihak keluarga memberi kesan besar kepada kekuatan para sukarelawan.

“Semangat keluarga menjadi dorongan besar kepada mereka yang berada jauh di lautan. Sebab itu kita mahu pastikan kebajikan keluarga sentiasa diberi perhatian.

“Jadi Jakim akan terus memainkan peranan memastikan mereka tidak terabai dari segi sokongan moral, emosi dan kerohanian sepanjang misi ini berlangsung,” katanya.

Misi kemanusiaan ini menyaksikan penyertaan sebanyak 45 buah negara dan seramai 34 sukarelawan rakyat Malaysia bagi menghantar bekalan bantuan ke Gaza. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN