GEORGE TOWN : Rakaman video yang tular berhubung teguran seorang individu berkaitan penggunaan sijil halal yang salah terhadap pengendali premis makanan adalah video lama yang ditularkan semula. Timbalan Ketua Menteri I, Datuk Dr Mohamad Abdul Hamid berkata, semakan mendapati, isu tersebut sudah berjaya diselesaikan sejak Julai lalu. Beliau yang juga Yang Dipertua Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang (MAINPP) berkata, semakan lanjut mengesahkan bahawa premis terbabit beroperasi di sebuah pusat…