PETALING JAYA: Raja Muda Selangor, Tengku Amir Shah Sultan Saharafuddin Idris Shah akan melangsungkan pernikahan dengan pasangan baginda, Afzaa Fadini Abdul Aziz di Masjid Istana Diraja, Istana Alam Shah, Klang pada 2 Oktober ini. Setiausaha Sulit Sultan Selangor, Datuk Mohammad Munir Bani berkata, Sultan Selangor berkenan memaklumkan kepada sekalian rakyat negeri Selangor berhubung istiadat pernikahan tersebut. Katanya, Istiadat Persandingan Diraja dan Majlis Santapan Diraja bagi memuliakan Istiadat Perkahwinan Diraja Raja…