PETALING JAYA: Isteri Faisal Halim, Nur Syazwani Mizuana Shahril mendakwa mereka pernah pernah melalui episod penceraian sebelum ini.
Dalam satu hantaran di Instagram, isteri pemain Harimau Malaya itu berkata, keputusan yang dibuat hari ini bukanlah sesuatu yang mudah, tetapi terpaksa dilakukan selepas pelbagai usaha mempertahankannya gagal.
“Tindakan saya hari ini berdasarkan apa yang saya lalui dan kehidupan saya sendiri. Saya yang lebih tahu kehidupan saya.
“Saya cuba pertahankan tapi terlalu banyak campur tangan dan onak dalam kehidupan saya. Tindakan saya hari ini bukan satu keputusan yang senang dibuat.
“Saya telah berusaha. Namun mungkin ini jalan yang terbaik. Ibu saya disuruh untuk mengambil saya, saya telah dipulangkan kepada ibu saya. Walaupun berat hati, saya ikutkan kehendak dia,” luahnya.
Nur Syazwani juga dilaporkan telah memfailkan permohonan cerai di Mahkamah Rendah Syariah Klang, Selangor hari ini pada pukul 2.30 petang. – UTUSAN