Inap desa Pos Hau suram selepas pandemik Covid-19

Inap desa Pos Hau suram selepas pandemik Covid-19

INAP desa yang dibangunkan penduduk Orang Asli di Kampung Redip, Pos Hau, Gua Musang, Kelantan sepi dengan kehadiran pengunjung. -UTUSAN/AIMUNI TUAN LAH
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GUA MUSANG: Inap desa Kampung Redip, Pos Hau di sini yang dibangunkan penduduk Orang Asli umpama hidup segan mati tidak mahu apabila semakin suram akibat kekurangan kehadiran pelancong sejak hampir lima tahun lalu.

Pengerusi Jawatankuasa Pem­bangunan Keselamatan Kampung Orang Asli (JPKKOA) Pos Hau, Jumaat Arum berkata, inap desa itu yang dulunya meriah dengan pelbagai aktiviti semakin kurang menerima kunjungan ramai sejak berlakunya Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan pandemik Covid-19.

“Inap desa ini dahulu kerap menerima kunjungan orang ramai atau pelancong dan kami menawarkan pelbagai aktiviti untuk mereka termasuk mencari hasil hutan.

“Di sekitar inap desa ini juga terdapat banyak tapak perkhemahan untuk mereka yang datang dalam kumpulan. Namun sejak PKP, kami sudah jarang menerima kunjungan pelancong membuatkan inap desa yang diusahakan ini semakin sepi,” katanya ketika ditemui.

Sementara itu, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Galas, Mohd. Syahbuddin Hashim berkata, Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) perlu menumpukan usaha membantu pengusaha inap desa di perkampungan Orang Asli di daerah ini.

“Saya rasa kita perlu mengambil langkah yang sewajarnya membangunkan semula inap desa itu serta mencadangkan agar dipromosikan tempat ini yang kaya dengan alam semula jadi,” katanya.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN