BATU PAHAT: Polis mengenal pasti identiti mangsa yang rentung dalam kereta Perodua Myvi di kawasan tebing Pantai Sungai Lurus, Senggarang, petang semalam, merupakan seorang lelaki warga emas rakyat tempatan.
Ketua Polis Daerah Daerah Batu Pahat, Asisten Komisioner Shahrulanuar Mushaddat Abdullah Sani berkata, lelaki berkenaan dianggarkan berusia 72 tahun dan keputusan itu berdasarkan hasil siasatan awal setakat ini.
Beliau berkata namun pengesahan rasmi identiti rangka manusia itu akan disahkan melalui ujian Asid Deoksiribonukleik (DNA).
Katanya, anggota bertugas dari Balai Polis Senggarang pergi ke tempat kejadian pukul 5.28 petang semalam selepas menerima maklumat kejadian daripada pihak bomba dari Rengit. – UTUSAN