Hubungan dengan Bams baik sahaja - Irfan Samsons - Utusan Malaysia

Hubungan dengan Bams baik sahaja – Irfan Samsons

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: “Akan ada kejutan, tetapi bukan Bams.”

Demikian penjelasan gitaris utama kumpulan Samsons, Irfan Aulia apabila disoal mengenai kejutan yang bakal di bawakan pada konsert mereka pada 9 November ini.

Menurut Irfan, akan ada ‘sesuatu’ untuk dihadiahkan untuk peminat Malaysia pada konsert itu nanti namun bukanlah membawa bekas vokalis, Bams seperti diharapkan peminat.

“Bams sudah lama bergerak solo, aktif dengan kerja-kerja muzik di gereja. Kami tiada perancangan untuk berkongsi pentas dengan dia nanti,” katanya.

Irfan berkata demikian sewaktu sidang media konsert Samsons Live In Malaysia – Kenangan Terindah bertempat di Hard Rock Cafe, petang tadi.

Turut hadir adalah vokalis Samson, Adrian Martadinat, Aldri Dataviadi (bass) dan Erik Partogi Siagian (gitar).

Irfan dalam masa yang sama memaklumkan kesihatan Bams atau Bambang Raguna Bukit yang sebelum ini diuji kanser kulit lutut, semakin baik selepas menjalani rawatan dan pemulihan.

“Dia sudah okey, sudah boleh membuat persembahan namun perlu duduk di kerusi,” katanya lagi

Mengulas lanjut, Irfan memaklumkan hubungan dengan Bams kekal baik meskipun mereka tidak lagi bergerak di bawah satu kumpulan.

“Kami baik-baik sahaja.Beberapa tahun lalu dia juga ada berjumpa saya di pejabat untuk membincangkan mengenai projek bersama,” kongsinya.

Konsert Samson Live In Malaysia – Kenangan Terindah bakal dipentaskan pada 9 November ini di Idea Live Arena, 3 Damansara.

Pembelian tiket boleh dilakukam menerusi www.ticket2u.com atau www.fantopia.io. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN