PETALING JAYA: Program Khas Beras Putih Tempatan (BPT) Bersubsidi 10 kilogram (kg) pada harga RM26 sudah tidak relevan dalam konteks pertanian dan situasi kos sara hidup yang semakin meningkat. Presiden Pertubuhan Persaudaraan Pesawah Malaysia (Pesawah), Abdul Rashid Yob berkata, program tersebut bukan sahaja gagal mencapai matlamat untuk membantu pengguna secara menyeluruh, malah tidak memberi kesan positif kepada industri padi dan beras tempatan. Katanya, adalah lebih baik kerajaan menyelaras dan meningkatkan…