PEKAN: Seorang guru lelaki berusia 45 tahun didakwa melakukan amang seksual fizikal kepada seorang murid darjah lima di bilik asrama sebuah institut pendidikan di daerah ini, 12 September lalu. Difahamkan, mangsa bersama 11 lagi rakannya tidur di asrama berkenaan selepas membuat persembahan tarian di institut pendidikan terbabit. Suspek dikatakan mendatangi mangsa kira-kira jam 10 malam sebelum mencabul mangsa serta mengajak mangsa tidur dikatilnya. Suspek sekali lagi didakwa melakukan perkara terkutuk…