PETALING JAYA: Cubaan seorang wanita warga asing yang dipercayai gadis pelayan pelanggan (GRO) mengaku sebagai warga tempatan gagal selepas dia ditahan dalam serbuan di sebuah pusat hiburan di Sungei Way, di sini hari ini. Pada mulanya, wanita terbabit bersembunyi bersama rakan-rakannya yang lain sebelum berjaya dikesan pihak berkuasa yang melakukan pemeriksaan di dalam premis berkenaan. Wanita itu mengaku kononnya warga tempatan sebaik ditemukan, bagaimanapun helahnya itu terbongkar apabila pemeriksaan lanjut…