GISBH: Jabatan Pendakwaan Syariah N. Sembilan fail rayuan keputusan lepas, bebas mudir, pengerusi madrasah

GISBH: Jabatan Pendakwaan Syariah N. Sembilan fail rayuan keputusan bebas pengerusi madrasah

GAMBAR HIASAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEREMBAN: Jabatan Pendakwaan Syariah Negeri Sembilan akan memfailkan permohonan rayuan terhadap keputusan melepas dan membebaskan mudir dan pengerusi sebuah madrasah berkaitan Global Ikhwan Services and Business Holdings Sdn. Bhd. (GISBH) daripada pertuduhan menyebarkan ajaran salah pada tahun lalu.

Ketua Pendakwa Syarie Jabatan Pendakwaan Syariah Negeri Sembilan, Raja Mazelan Raja Deraman berkata, pihak pendakwaan secara dasar menghormati keputusan yang telah dibuat Mahkamah Tinggi Syariah di sini Isnin lalu di bawah Seksyen 52 Enakmen Jenayah Syariah (Negeri Sembilan) 1992.

Raja Mazelan berkata, bagaimanapun pihak jabatan mengharapkan keputusan yang lebih wajar daripada beberapa sudut terutama berhubung kesalahan yang dilakukan.

“Jabatan ini akan memfailkan notis rayuan bagi merayu keputusan pelepasan dan pembebasan terhadap kedua-dua tertuduh bagi kesalahan Seksyen 52 Enakmen Jenayah Syariah (Negeri Sembilan) 1992.

“Jabatan percaya rayuan yang akan dibuat nanti bakal mempertimbangkan keputusan yang lebih wajar daripada beberapa sudut khususnya terhadap kesalahan yang dilakukan,” katanya kepada pemberita hari ini.

Jelas beliau, Mahkamah Tinggi Syariah Negeri Sembilan telah membuat keputusan tersebut di peringkat akhir kes pendakwaan pada Isnin lalu bagi tertuduh Zahanizam Rohan, 52, dan Lutfi Mohamad Hamin, 59.

Mengikut pertuduhan yang dibacakan berasingan , mereka didapati telah menyebarkan amalan Aurad Muhammadiah (zikir agung) yang berlawanan dengan hukum syarak kepada pelajar-pelajar di sebuah madrasah.

Kesalahan itu dilakukan di sebuah madrasah di Kampung Ulu Beting, Kuala Pilah antara bulan Disember 2021 hingga September.

Sebagai rekod, Zahanizam turut didakwa mengajar agama tanpa tauliah di madrasah terbabit.

Zahanizam telah mengaku bersalah di Mahkamah Rendah Syariah Kuala Pilah atas kesalahan itu dan telah dijatuhkan hukuman penjara enam bulan dan denda RM2,000 oleh Hakim, Sabarudin Bidin.

Lutfi pula didenda RM1,700 oleh Mahkamah Tinggi Syariah atas pertuduhan menguruskan sekolah tanpa perakuan pendaftaran selepas mengaku bersalah atas kesalahan berkenaan.

Mengikut pertuduhan Lutfi Mohamad didapati menguruskan sekolah Islam di Negeri Sembilan tanpa mendapatkan perakuan pendaftaran daripada Pendaftaran Sekolah Islam di bawah Seksyen 13 Enakmen Pengawalan Sekolah-Sekolah Agama Islam 1996.

Mereka masing-masing menguruskan madrasah di Kampung Senama Hilir, Rembau antara Februari 2023 hingga September 2024 dan Kampung Beting Ulu, Kuala Pilah antara Disember 2021 hingga September 2024. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN