Gen Z 'angkat tangan', menyerah kalah Erra Fazira ikut trend - Utusan Malaysia

Gen Z ‘angkat tangan’, menyerah kalah Erra Fazira ikut trend

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Primadona, Erra Fazira mencuri tumpuan apabila turut menyertai trend tarian popular di TikTok menggunakan lagu Mejikuhibiniu nyanyian penyanyi trio seberang Tenxi, Suisei dan Jemsii.

Dalam video yang dimuat naik, Erra atau Fazira binti Wan Chek, 51, manis bertudung biru membuat gerak tangan mengikuti lirik korus lagu itu dengan kapsyen pendek ‘ku bilang amin’.

Bagaimanapun, video berdurasi 15 saat itu meraih lebih 100,000 tontonan selain dihujani ratusan komen di aplikasi TikTok sejak dimuat naik semalam. 

“Alamak, siapa pula yang ‘rosakkan’ Erra Fazira?” tulis satu komen berseloroh.

“Habislah kami, artis legenda pun sudah ikut trend generasi sekarang,” tulis satu peminat.

“Maaf, Gen Z sudah boleh ketepi. Kita sudah ada pemenang trend ini,” usik satu peminat. 

Dalam pada itu, kecantikan pelakon Maria Mariana ini juga turut menjadi bualan sehingga ada yang tidak menyangka Erra kini sudah mencecah usia melebihi lima dekad. 

“Kenapa jari dia elok sahaja cantik, kita punya tangan urat timbul-timbul sudah macam jantan,” tulis satu peminat. 

“Dia makin muda, aku pula makin tua,” kata satu komen.

“Kalau yang ini kita tidak boleh lawan, cantik betul,” tulis komen yang lain. -UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN