SUNGAI PETANI: Kementerian Dalam Negeri (KDN) meminta Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) supaya mempermudahkan proses penggantian MyKad rosak dengan tempoh siap sekitar 30 minit bagi mengelakkan kesesakan di kaunter, susulan pelaksanaan subsidi minyak RON95 secara bersasar tidak lama lagi. Menterinya, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, langkah itu penting kerana MyKad akan menjadi dokumen utama pengesahan rakyat Malaysia sebelum melakukan sebarang pembelian minyak di stesen. “Saya telah berbincang dengan Ketua Pengarah…