SARATOK: Enam lelaki selamat manakala empat lagi hilang selepas perahu dinaiki mereka karam di Sungai Krian, di sini. Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Bomba Sarawak berkata kejadian dilaporkan berlaku kira-kira pukul 5.30 petang semalam, ketika semua mangsa yang bekerja di sebuah syarikat pembinaan dalam perjalanan pulang kerja. “Semasa dalam perjalanan menyeberangi Sungai Krian dari Jeti Sesang ke Jeti Pusa, perahu yang dinaiki mereka telah karam di tengah sungai,” katanya dalam kenyataan,…