Empat individu direman bantu siasatan kes jumpa mayat di Sungai kelantan - Utusan Malaysia

Empat individu direman bantu siasatan kes jumpa mayat di Sungai kelantan

KESEMUA suspek dibawa oleh polis untuk mendapatkan perintah reman di Mahkamah Majistret, Kota Bharu, hari ini Kelantan.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU: Empat lelaki yang masing-masing merupakan pekebun sawit dan getah direman polis selama seminggu bagi membantu siasatan kes penemuan mayat dengan kesan torehan di Sungai Kelantan dekat Jambatan Sultan Yahya Petra di sini pada 24 Ogos lalu.

Majistret Rais Imran Hamid mengeluarkan perintah reman ke atas ke semua lelaki yang berusia lingkungan 50-an bermula hari ini hingga Selasa.

Kesemua mereka suspek tiba untuk prosiding reman di pekarangan Kompleks Mahkamah Kota Bharu di sini kira-kira pukul 8.40 pagi tadi dengan menaiki trak polis.

Tahanan reman itu bagi membolehkan pihak polis menjalankan siasatan terhadap kesemua suspek mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.

Sebelum ini Utusan Malaysia melaporkan, polis mengesahkan terdapat kesan luka akibat hirisan pada mayat seorang lelaki yang ditemukan lemas selepas dipercayai terjatuh ke dalam Sungai Kelantan dari Jambatan Sultan Yahya Petra, di sini semalam.

Ketua Polis Daerah Kota Bharu, Asisten Komisioner Mohd. Rosdi Daud berkata, pengesahan itu hasil bedah siasat Jabatan Forensik Hospital Raja Perempuan Zainab II di sini, ke atas mayat mangsa.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN