KLUANG: Dua buah kereta yang diletakkan di hadapan sebuah rumah di Taman Sri Permai di sini musnah dalam kebakaran dipercayai dilakukan oleh orang suruhan ah long. Ketua Polis Daerah Kluang, Asisten Komisioner Bahrin Mohd. Noh berkata, pihaknya menerima maklumat kejadian pada pukul 5.30 pagi pada Jumaat (5 September) yang dipercayai berlaku pada pukul 3.30 pagi hari sama. Katanya, menurut laporan, pengadu mengatakan ada mendengar objek dibaling ke pekarangan hadapan rumahnya…