KUALA LUMPUR: Pelakon, Sophia Albarakbah, 32, menjelaskan buat masa ini tiada ikatan istimewa terjalin antara dia dengan seorang lelaki yang dikenalinya sejak 14 tahun lalu.
Menurut Sophia, individu tersebut, yang identitinya dirahsiakan, hanya teman baik yang dianggap seperti keluarga sendiri.
“Dia hanya kawan, 14 tahun kami bersahabat. Sejak zaman universiti lagi.
“Dia rapat dengan keluarga saya, sentiasa bersama, tidak pernah tinggal.
“Buat masa ini, tiada label tentang hubungan kami sebab kami hanya berkawan. Tapi kalau ada jodoh, okeylah,” katanya.
Sophia berkata demikian pada malam gala filem Tembuni Berdarah di GSC MyTOWN, semalam.
Dalam masa yang sama, pelakon jelita ini memaklumkan dia ketika ini belum memikirkan apatah lagi merancang untuk mengakhiri zaman bujangnya.
“Saya ketika ini hanya mahu beri perhatian kepada kerjaya lakonan sahaja.
“Belum terfikir lagi untuk mendirikan rumah tangga.
“Tetapi, kalau jodoh saya sampai, saya ikut sahaja perjalanannya,” jelasnya lagi. – UTUSAN